
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mentok itu menjalani pembedahan jantung di pusat rawatan milik anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu, dibedah dengan kos rawatan

Mohd Nazwan yang ditemani kedua-dua ibu bapanya dimasukkan ke pusat rawatan itu semalam dan menjalani pembedahan kira-kira jam 9 pagi semalam.
Pakar sakit jantung, Dr David Khoo Sin Keat, yang menjalankan pembedahan itu berkata, pesakit mengalami masalah jantung berlubang seluas kira-kira satu sentimeter dan kini berada dalam keadaan stabil.
“Pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) i-Heal dan masih dalam perhatian doktor pakar,” katanya ketika ditemui Teganukita selepas pembedahan tersebu

Beliau berkata, Mohd Nazwan akan dirawat di hospital itu selama lima hari dan mungkin dibenarkan pulang ke Terengganu seminggu lagi (Jumaat).
Ibu pesakit, Khatijah Muda, 52, merakamkan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan negeri, khususnya Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said, yang sudi menanggung kos rawatan anak beliau.
“Mak Cik harap Mohd Nazwan akan cepat sembuh dan mula belajar selepas ini bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.
No comments:
Post a Comment