Saturday, January 21, 2012

Penduduk Dua kampung di Jabi, Setiu Dipindahkan Kerana Banjir Kilat

Beberapa kampung di kawasan Jabi, Setiu, semalam dilanda banjir kilat ekoran limpahan air Sungai Tok Dor dan Sungai Selasih kira-kira pukul 5 pagi..

Seramai 30 penduduk daripada 10 keluarga dari Kampung Tok Dor dan Kampung Renek terpaksa dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan, termasuk di Sekolah Kebangsaan Anak Ikan dan BangunanPasar Kampung Renek, setelah kawasan rumah mereka dinaiki air kira-kira satu hingga dua meter.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tok Dor, Zuhdi Ariffin, 48, yang ditemui Bernama berkata penduduk cemas apabila air mula bergenang di kawasan rumah mereka kira-kira pukul 5pagi.

Beliau berkata mangsa yang terlibat mula dipindahkan ke pusat pemindahan kira-kira pukul 7 pagi.

Katanya ini merupakan kali ketiga banjir melanda kawasan berkenaan dengan kejadian pertamaberlakupada pertengahan Disember tahun lepas dan yang kedua pada awal tahun baru.

Selain itu, beberapa kampung lain yang terlibat ialahKampung Bukit Jerok, Kampung Tok Dalam dan Kampung Umur.

Zuhdi berkata semalam, penduduk kampung itu dijadualkan mengadakan gotong-royong membersih masjid kampung itu yang turut ditenggelami banjir baru-baru ini tetapiterpaksa dibatalkan kerana berlaku banjir kilat pagi ini.

Katanya penduduk percaya paras air sungai di kampung itu cepat meningkat dan melimpahi tebing ekoran limpahan air dari Gunung Tebu akibat hujan lebat tanpa berhenti sejak petang semalam.

Banjir pagi ini juga menyebabkan beberapa lokasi di jalan utama dari Bandar Permaisuri ke Jerteh dekat Kampung Tok Dor dan Kampung Renek dinaiki air sehingga 0.4 meter, menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Harian Metro

No comments:

Post a Comment