
Nor Azmi yang juga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak, dalam jurusan diploma ukur bahan yang menjalani latihan amali maut apabila kereta Perodua Kancil dipandu majikannya, Mohd Zaini Abd Razak, 43, dihempap sebuah kereta Honda selepas terbabas dalam kejadian jam 6.25 petang.
Mohd Zaini dan dua lelaki lain yang menaiki kereta Honda itu, Mohd Rizal Ibrahim, 30, dan Mohd Faris Mohd Shaimi, 26, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Menurut Fatimah, kali terakhir dia bertemu arwah pada Sabtu lalu, sebelum anaknya itu pulang kira-kira jam 11 pagi ke tempat dia menjalani latihan amali di Kampung Tok Jembal, Kuala Terengganu sejak November tahun lalu.
“Saya sekeluarga tersentak apabila suami, Mat Jusoh Long, 60, memberitahu arwah terbabit dalam kemalangan maut apabila melihat berita di televisyen jam 8 malam.
“Ketika itu saya berdoa supaya berita itu bukan membabitkan anak saya, namun ia akhirnya menjadi kenyataan pada jam 9.15 malam polis menghubungi kami dan memaklumkan kejadian itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Mengkawang, di Kuala Berang, semalam.
No comments:
Post a Comment