Pemain import Perak, Lazar Popovic (kanan) diasak pemain Selangor, Ramez Dayoub pada perlawanan Liga Super di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Selepas mengalami kekalahan pertama kepada Perak, Terengganu bangkit untuk menang ke atas Kuala Lumpur semalam.
Juara Piala FA itu bagai mendapat ‘tonik’ tambahan daripada keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melanjutkan tarikh pendaftaran import sehingga 13 Februari ini apabila tampil gah membenam FELDA United, 3-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
Selepas bergelut dengan ‘konflik dalaman’ dengan FAM sebelum ini, skuad Peteh seperti cepat melupakan sengketa berkenaan dan kejayaan ini memberi 1,000 keceriaan kepada pengurusan dan penyokong setia mereka untuk melihat kebangkitan Terengganu.
Sebaik wisel permulaan ditiupkan, tuan rumah tidak menunggu lama dan terus melancarkan serangan ke kubu lawan sehingga minit ke-11 apabila pemain tengah, Ismail Faruqi merembat kencang untuk gol pendahuluan tuan rumah, 1-0.
Namun, usaha Terengganu menambah jumlah jaringan gol di separuh masa pertama gagal apabila mudah dipatahkan oleh barisan pertahan FELDA.
Pada babak kedua, anak buah Mat Zan Mat Aris tampil lebih garang memburu gol kedua tapi usaha serangan dilakukan masih gagal menemui sasaran.
FELDA yang bermain berbekal 10 pemain selepas pertahanan mereka Mohd Nazri Ahmad yang dilayangkan kad merah nyata memberi banyak kelebihan kepada tuan rumah untuk menambah jaringan.
Terengganu yang dahagakan kemenangan sulung musim ini terus menutup sisa perjuangan FELDA apabila penyerang berbisa, Ashaari Samsudin menambah dua lagi gol pada minit ke-73 dan 94.
Pasukan bertaraf kelab, T-Team terus mengutip tiga mata penuh pada perlawanan Liga Super setelah berjaya menewaskan Kuala Lumpur 3-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Ketua pasukan T-Team, Zairo Anuar Zalani menjadi wira pasukan tersebut apabila berjaya menyumbangkan dua gol pada minit ke-30 dan minit ke-79, manakala gol terakhir dijaringkan oleh Zacharia Simukonda pada minit ke-69.
Sabah pula mencatat kemenangan pertama apabila menewaskan Sarawak 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Dua gol Sabah dijaringkan oleh Michael William Baird pada minit ke-20 dan Bobby Gonzales pada minit ke-45, manakala gol saguhati Sarawak disumbangkan oleh K.Ravindran pada minit ke-72.
Selangor pula menewaskan Perak 1-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Gol tunggal Selangor dijaringkan oleh Safiq Rahim pada minit ke-23.
Turut mengutip tiga mata penuh pada malam ini ialah Negeri Sembilan yang berjaya menewaskan Johor FC 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Dua gol pasukan pelawat dijaringkan oleh Ahmad Shakir Md. Ali pada minit ke-32 dan minit ke-48.
Sementara itu, Kedah seri tanpa jaringan 0-0 kepada LionsXII di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
No comments:
Post a Comment