masa perayaan Tahun Baru Cina ini.Ketua Polis Negeri Datuk Jamshah Mustapa berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa kawasan yang berisiko dan akan mempertingkatkan rondaan di kawasan berkenaan.
“Fokus kita ialah kedai emas dan pajak gadai kerana banyak kes curi dan rompak terjadi semasa musim perayaan,” katanya kepada pemberita.
Beliau memberi contoh berlakunya kes pecah masuk dan rompak kedai emas di Best semasa perayaan Aidilfitri yang lepas.
Jamshah berkata polis telah mengadakan perjumpaan bersama pemilik kedai emas, pajak gadai dan institusi perbankan untuk mencari langkah pencegahan jenayah terbaik semasa musim perayaan Tahu Baru Cina kali ini.
No comments:
Post a Comment