Polis Terengganu sedang memantau pergerakan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negeri ini bagi memastikan tidak ada cubaan untuk mengadakan demonstrasi atau perhimpunan haram berkaitan isu pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustafa berkata setakat ini keadaan adalah terkawal.
"Tidak ada sebarang tindakan daripada pelajar IPTA yang berlaku berkaitan AUKU. Kita sentiasa memantau keadaan dan setakat ini tidak ada laporan negatif mengenai perkara itu," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, semalam.
Beliau mengulas demonstrasi yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak dua hari lepas apabila 17 mahasiswa termasuk seorang penuntut wanita ditahan kerana membawa keranda, tidur di atas jalan dan cuba memanjat pagar kampus berkenaan.
Jamshah berkata apa yang berlaku di Tanjung Malim itu tidak sepatutnya terjadi dan pelajar sepatutnya yakin dengan pucuk pimpinan negara dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
No comments:
Post a Comment