Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, pelacur dari negara seperti Yemen, Iran dan Iraq menjadikan lelaki di negara ini sebagai sasaran pelanggan mereka.
“Mereka datang ke Malaysia menggunakan taktik samaran kononnya untuk belajar bahasa Inggeris menggunakan pas pelajar dengan mendaftarkan
diri di institusi pendidikan tinggi swasta.“Ada juga pelacur ini menggunakan pas lawatan sosial yang membenarkan mereka berada di negara ini selama tiga bulan,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata, pendedahan itu dibuat berikutan penangkapan 15 pelacur dari negara terbabit dalam satu operasi di ibu negara dan Selangor awal bulan ini.
Mohd Bakri berkata, polis kini memantau aktiviti itu dan mereka yang ditangkap akan diambil tindakan sejajar dengan langkah kerajaan ingin membanteras pemerdagangan manusia.
No comments:
Post a Comment