Monday, January 2, 2012

Seniman Buat Laporan Selebriti Dakwa Dirinya Rasul

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) semalam membuat laporan polis berhubung tindakan seorang selebriti terkenal tanah air menyebarkan dakyah sesat dengan mengakui dirinya rasul kerana bimbang perkara itu menjadi lebih teruk dan merosakkan akidah umat Islam.

Laporan di buat di Balai Polis Taman Melawati jam 3.30 petang diketuai Timbalan Presidennya, Zed Zaidi. Antara artis yang hadir adalah Julia Zieglar, Zehra Zambri, Alif AF, Ani Mayuni, Radhi OAG, Rena Tan, Nas Adila, Lan Zailan dan Adria Ahmad yang menyokong usaha membanteras ajaran songsang itu.

Katanya, Seniman mahu pihak berkuasa segera membendung gejala itu kerana mencemar kesucian Islam dan memburukkan nama artis.

“Saya kesal kerana ia menimbulkan perspektif negatif masyarakat kepada artis itu sendiri. Yang busuk bukan nama dia seorang, tetapi semua artis,” katanya.


Harian Metro kelmarin melaporkan seorang ‘Selebriti Sesat’ mendakwa diutuskan sebagai rasul bagi merahmati sekalian alam selain kononnya wujud sebelum Nabi Adam as.

Laporan menyebut, selebriti itu juga mendakwa perjalanan 25 nabi ada dalam dirinya dan dia mendapat wahyu Allah berupa cahaya beberapa tahun lalu, malah boleh mengampunkan dosa pengikutnya.

Lebih mengejutkan apabila laporan memetik, selebriti itu melarang pengikutnya berpuasa dan bersolat, mendakwa berada di barisan depan di padang Mahsyar selain bencana tsunami, kematian Saddam Hussein dan Muammar Gaddafi adalah kerana kuasanya.

Menurut Zed, perkara sebegitu sepatutnya tidak berlaku di kalangan artis berikutan selebriti dianggap ikon untuk dicontohi, namun kejadian itu sedikit sebanyak mencemarkan nama mereka dan persatuan.

No comments:

Post a Comment