Sikap cakna dan keprihatinan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri Puan Harlina Ab Rashid yang tidak jemu-jemu`turun padang’ nyata mengembirakan rakyat terutama, tetamu yang dikunjungi.
Setiap kali turun padang bagi mengetahui masalah rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir itu tidak lupa menghulurkan sumbangan berupa barang keperluan dapur bagi meringankan beban.
Dalam kunjungan sempena program Pemimpin Bersama Warga Tangkas Berjuang di 18 Rijmen Askar Melayu Diraja (18 RAMD) Kem Seri Pantai, Seberang Takir ,kelmarin, 10 anggota yang mempunyai anak Orang Kurang Upaya (OKU) turut menerima sumbangan.
Penerima sumbangan, Koperal Zaini Tumin, 38, berkata dia terharu kerana YB Haji Ahmad Razif sudi berkongsi dan mengambil cakna masalah yang dialami anaknya, Zainul Ariffin Zaini, 9 bulan.
Zainul Ariffin yang mengalami kecacatan mata akibat barah hanya menunggu tempoh usia sesuai bagi membolehkan pegawai perubatan menjalani pembedahan mata di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Katanya, kunjungan seumpama ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan masalah yang dialami walaupun pada awalnya dia dan isteri, Siti Rahmah Kasim sukar menerima ketentuanNya.
“YB Ahmad Razif banyak memberi kata-kata perangsang dan nasihat supaya redha dan tabah menghadapi ujian,” katanya.
Penerima sumbangan lain, Koperal Hassan Sulaiman, 42, berkata dia tidak akan lupa jasa Ahmad Razif dan isteri kerana sudi meluangkan masa menjenguk masalah yang dialami.
“Saya juga terharu kerana YB sudi dan tidak segan melayan kerenah anak OKU kami yang sememangnya terlalu aktif terutama apabila menerima tetamu yang tidak dikenali,” katanya.
Teganukita
No comments:
Post a Comment