Pasukan bertaraf kelab, T-Team terus mengutip tiga mata penuh pada perlawanan Liga Super setelah berjaya menewaskan Kuala Lumpur 3-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Ketua pasukan T-Team, Zairo Anuar Zalani (gambar kanan) menjadi wira pasukan tersebut apabila berjaya menyumbangkan dua gol pada minit ke-30 dan minit ke-79, manakala gol terakhir dijaringkan oleh Zacharia Simukonda (gambar bawah)pada minit ke-69.
Dalam diam-diam, pasukan berstatus kelab, T-Team sudah berjaya merakamkan kemenangan kedua berturut-turut untuk mendapatkan cengkaman awal dalam saingan Liga Super, musim ini.
Semalam, pasukan bimbingan Yunus Alif tampil menyajikan satu lagi persembahan bertenaga untuk menewaskan Kuala Lumur 3-0 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput Melaka untuk mengutip enam mata sambil memberi amaran kepada pasukan elit lain mereka sudah menemui rentak untuk menerajui liga.
Selasa lalu, T-Team yang sebelum ini bersama pasukan abang, Terengganu mengancam mahu menarik diri daripada Liga Super gara-gara isu pemain import, menewaskan Kedah 3-0 di Alor Setar.
Bagi Kuala Lumpur yang beraksi tanpa kelibat awang import mereka tetap memperaga aksi cemerlang pada babak kedua perlawanan walaupun anak didik Razip Ismail agak tenggelam pada saingan babak pertama.
Selepas mensia-siakan sekurang-kurangnya empat peluang untuk membocori gawang lawan T-Team akhirnya membuka tirai jaringan pada minit ke-30 hasil jaringan Zairo Anuar untuk mendapat sedikit keselesaan mendominasi babak pertama.
Selepas rehat, wakil dari Terengganu itu menyentap cabaran Kuala Lumpur dengan gol kedua menerusi Zacharia Simukonda yang melonjak tinggi menanduk masuk pada minit ke-69 sebelum Zairo sekali lagi meledak jaringan pada minit ke-79 untuk gol ketiga pasukan.
No comments:
Post a Comment