Ismail Sabri(empat dari kanan) bersama Tengku Abdullah (lima dari kanan), Adnan (tiga dari kiri) dan bintang badminton negara, Datuk Lee Chong Wei (tiga dari kanan) menggaul yee sang pada majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat daerah Bera di Bera semalam.
Langkah kerajaan meningkatkan subsidi gula daripada 20 sen sebelumnya kepada 54 sen bertujuan mengurangkan bebanan rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, dakwaan yang dilemparkan pembangkang kononnya ia bertujuan memancing sokongan rakyat kerana pilihan raya umum tidak lama lagi merupakan satu tohmahan.
"Itu adalah tohmahan pembangkang dan tidak betul kerana ia tidak ada kena-mengena dengan pilihan raya," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Tahun Baru Cina Parlimen Bera di Bera semalam.
No comments:
Post a Comment