Monday, January 30, 2012

Wanita UMNO Setiu Selami Masalah Penduduk

Program Skuad Sayang masuk kampung yang dilaksanakan Wanita Umno Bahagian Setiu memberi peluang kepada semua ahli jawatankuasa menyelami masalah penduduk pada peringkat akar umbi.

Komandan Skuad Sayang Parlimen Setiu, Siti Mariam Ab Ghani berkata, penubu-han Skuad Sayang sejak beberapa tahun belakangan ini menjadi medium pengantara untuk semua ahli Wanita menyelesaikan masalah yang dialami penduduk.

“Ini sebab, melalui program masuk kampung bersama Adun dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setiap masalah yang berkaitan dengan bidang kuasa kedua-dua pihak itu dapat diselesaikan segera.

“Setakat ini, program dilaksanakan secara berkumpulan memperlihatkan kejayaan positif dan kita bersyukur apabila masalah rakyat yang selama ini terlepas pandang diberi perhatian sewajarnya,” katanya.

Mariam berkata, selain berperanan sebagai pasukan sukarelawan, Skuad Sayang juga turut memainkan peranan sebagai agen pengantara antara penduduk dengan pemimpin setempat.

“Melalui cara sedemikian secara tidak langsung rakyat berasa mereka terus diberi perhatian walaupun berbeza fahaman politik,” katanya.

Menurutnya, program seperti ini akan dibuat berterusan ke setiap kampung secara berkala dengan me-ngagihkan barangan keperluan harian sebagai tanda kecaknaan pihak terlibat.

“Diharapkan ia boleh memberi gambaran jelas mengenai setiap program yang dirangka khusus untuk rakyat selain perjuangan politik yang turut menjadi nadi utama kepada negara,” katanya.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment