Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan membuka tiga pasar tani di bawah program Jimat Belanja Dapur sempena Tahun Baru Cina ini.
Pengarah Fama negeri Hasan Jusoh berkata tiga pasar tani itu ialah Pasar Tani Mega Padang Hiliran di Kuala Terengganu, Kerteh Kemaman dan Jertih Besut dan pelancarannya akan dilakukan hari ini.
"Jimat belanja dapur ini merupakan program yang kedua diadakan oleh Fama di negeri ini selepas kali pertama diadakan Hari Raya Aidil Fitri tahun lepas," katanya.
Hasan berkata pengguna yang berbelanja di pasar tani mega itu akan mendapat harga lebih murah dari dua hingga 20 peratus berbanding harga di pasar biasa.
Beliau berkata komoditi terpilih seperti cili merah, kobis bulat, kentang import China, bawang merah rose, kelapa, lobak merah dan halia akan dibekalkan secukupnya di pasar tani mega itu.
Selain itu, pasar tani mega itu juga akan menjual pelbagai jenis ikan laut dan ikan sungai serta daging lembu dan kambing bagi memenuhi permintaan pengguna.
No comments:
Post a Comment