Thursday, January 19, 2012

Polis Terengganu Kenakan 131 Tindakan Tataterib Tahun Lepas

Sebanyak 131 kes tindakan tatertib telah dikenakan terhadap pegawai dan anggota polis di negeri ini termasuk satu kes melibatkan kakitangan awam.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata, daripada jumlah itu sebanyak 31 kes melibatkan pegawai, 99 kes melibatkan anggota dan satu kes melibatkan kakitangan awam yang mana mereka telah dikenakan tindakan kerana kesalahan berkaitan jenayah dan ponteng kerja.

“Kesemua mereka telah dikenakan tindakan tatatertib kerana kesalahan tidak hadir bertugas dan kesalahan berkaitan dadah, malah ada di kalangan mereka telah dikenakan tindakan dibuang kerja.

“Walaupun daripada segi jumlah kes ia mencatat penurunan berbanding 138 kes tahun lalu namun, polis tetap memandang serius masalah itu kerana ia mencemarkan imej pasukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu dan majlis pelancaran sistem nombor giliran di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.

No comments:

Post a Comment