Pengarah YPK Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata pada tahun ini YPK mendapat modal tambahan RM4 juta daripada kerajaan negeri di samp
ing RM4 juta yang sedia ada."Kita sedia sebanyak RM8 juta untuk diberi pinjaman kepada ibu tunggal buat berniaga tahun ini," katanya di Kuala Terenggnu, semalam.
Menurut Mohd Shafaruddin tahun ini juga jumlah pinjaman dinaikkan kepada RM10,000 berbanding RM8,000 sebelum ini bagi membolehkan ramai golongan muda yang membabitkan diri dalam bidang perniagaan mendapat pinjaman modal melalui program itu.
Mohd Shafaruddin berkata lebih 13,000 orang telah mendapat faedah daripada PJD yang mendapat peruntukan RM33.6 juta daripada YPK sejak 1995 hingga akhir tahun lepas dalam bidang penternakan, pertanian, perniagaan, perikanan, kraftangan, pertukangan dan kemahiran dengan hampir 100 peratus daripada peminjam membayar balik pinjaman dengan baik.
No comments:
Post a Comment