(Ekslusif) Polis Terengganu akan menyiasat bantahan secara aman yang berlaku di Paka semalam oleh kira-kira 1,500 orang yang menuntut sebidang tanah dikembalikan kepada Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB) di situ.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata pagi ini, ada laporan polis dibuat mengenai bantah dan polis sedang menyiasat.
“Kami akan memberikan butiran lanjut selepas siasatan,” katanya.
Difahamkan, seramai kira-kira 1500 orang menyertai bantahan aman ‘rampasan tanah oleh Jawatankuasa Keselamatandan Kemajuan Kampung (JKKK)’ yang bermula di hadapan sekolah itu pada jam 12.30 tengahari, semalam.
Himpunan yang bermula dengan perarakan secara berjalan kaki sejauh kira-kira 1.5 kilometer, memakan masa selama 15 minit dan berakhir di hadapan Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Paka.
Selain disertai oleh pelajar,guru dan ibu bapa kelihatan juag beberapa kaitangan Petronas menyertai bantahan itu.
Mereka melaungkan slogan ‘hidup Islam’, ‘hancur kezaliman’ dan ‘kembalikan tanah sekolah kami’ pada bantahan.
Penasihat SRIDB, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, himpunan tersebut diadakan bagi mempertahankan hak anak-anak pelajar sekolah dan menunjukkan sikap tidak redha dengan kezaliman yang dilakukan.
Beliau mendakwa tanah tersebut juga adalah hak anak-anak yatim kerana akan pihak pentadbiran akan membina sebuah rumah kebajikan untuk mereka.
Katanya, seekar tanah yang terdapat didalamnya dua unit rumah guru, sebuah kantin sekolah dan sebahagian tanah surau sekolah dirampas dan dibahagi-bahagikan kepada lima orang JKKK.
Beliau menegaskan pihak sekolah dan orang ramai yang hadir akan mempertahankan setiap inci tanah yang dirampas.
“kita bagi pihak sekolah dan semua jamaah akan mempertahankan tanah sekolah dan tidak membiarkan kezaliman mereka,
“Kita tidak akan membiarkan walau seinci tanah pun dirampas,”tegasnya.
Malangnya, hasrat mereka untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada ADUN Paka Zakaria@ Ariffin Abdullah tidak kesampaian dan mendakwa pejabatnya ditutup rapat dan berkunci.
Blog ini semalam menyiarkan analisis ‘pembohongan PAS’ mengenai isu tanah ini.
No comments:
Post a Comment