Majlis pelancaran Terengganu Pro-Asia Cycling Team 2012 & Bulan Berbasikal yang akan berlangsung di Pentas Budaya Batu Burok malam esok ( 8 Februari 2012) jam 8.00 malam dijangka meriah.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bin Said akan melakukan upacara pelancaran itu.
Sempena majlis itu, Menteri Besar akan menyampaikan 30 buah basikal fixie kepada bakal pemenang cabutan bertuah pada malam berkenaan.
Rebut peluang untuk bersama Menteri Besar bagi memeriahkan lagi majlis ini.
Jom Berbasikal Bersama Menteri Besar.
Untuk maklumat lanjut layari www.ahmadsaid.net
No comments:
Post a Comment