Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali berkata kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu sebagai kerajaan lembam' kerana terlalu 'lembab' bertindak balas dalam membuat keputusan atas sesuatu pelaburan yang besar kerana tidak mempunyai perancangan yang nyata.
Katanya sejak kerajaan Umno-BN Terengganu 'merampas' pemerintahan kerajaan negeri sejak lapan tahun yang lalu sebenarnya tidak mempunyai perancangan jangka pendek dan jangka panjang dalam membangunkan negeri.
Pertama pembohongan yang dilakukan Yahaya ialah perkataan ‘merampas’.
Keputusan pilihan raya tidak boleh disebut merampas. Kalau begitu di Selangor PKR, DAP dan PAS merampas Selangorlah.
Di Pulau Pinang, Kedah dan sebelum itu di Perak dan pada 1990 di Kelantan, apakah kita boleh kata PAS meragutnya daripada UMNO dan BN?
Sebagai bekas Exco Kerajaan Negeri di bawah PAS, Yahaya patut cermin muka sendiri. Selama lima tahun apa perancangan pembangunan yang PAS lakukan?
Tunjukkan projek-projek yang PAS buat, atau yang ‘simple’ dan mudah nak banggakan?
Tidak ada!
Paling popular hapuskan tol jambatan. Yang lain bahagi tanah main pacak dan gunakan Wang Royalti untuk berbelanja sakan di luar negara. Racuni fikiran pelajar di luar negara!
Setidak-tidaknya di bawah BN sejak lapan tahun lalu di Terengganu, banyak perubahan yang dapat dilihat dengan nyata.
“Lembam” yang disebut Yahaya itu adalah otak orang PAS. Tidak tahu nak membezakan antara pembangunan fizikal dengan pembangunan modal insan dan pendidikan yang begitu besar dibelanjakan di negeri ini.
Cuba tanya diri sendiri jika kita bangunkan bangunan besar atau rumah kedai yang gah, siapa yang akan dapat untung? Orang UMNO dan PAS yang rata-rata berpendapatan rendah?
Ternyata Yahaya berbohong dan ‘lebong’ apabila mengatakan kerajaan BN Terengganu tidak membuat perancangan.
Sepatutnya Yahaya sebagai orang berpengalaman dalam politik dan bekas Exco memahami cara mentadbir negeri ini.
Konsep Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan ialah membangunkan Terengganu bersandarkan keperluan dan kehendak rakyat dengan memenuhi aspirasi mereka dalam setiap perancangan.
Ramai yang melihat ketika era Datuk Seri Ahmad Said sebagai tidak banyak projek fizikal yang dibandingkan dengan pentadbiran sebelumnya.
Hakikatnya, pendekatan berbeza dengan pentadbiran sebelum ini, pentadbiran sekarang perlu Bajetkan setiap perancangan bergantung kepada berapa peruntukan kewangan yang negeri ada.
Dengan kata lain, peruntukan diluluskan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan bukan dibuat di luar Terengganu atau keputusan dibuat di peringkat Pusat.
Keduanya, pentdabiran Ahmad Said memberi tumpuan ke arah pembangunan insan dengan pendidikan masih diberi keutamaan cukup tinggi, sebagai contoh tahun lalu, RM23 juta ringgit diagihkan bagi membekalkan komputer riba.
Mana ada negeri lain yang berbelanja beratus juta setiap tahun selain peruntukan Pusat bagi bidang pendidikan termasuk penghantaran pelajar cemerlang ke luar negara?
Terengganu menyediakan pelbagai bantuan persekolahan, bantuan melanjutkan pengajian, bantuan pakaian dan hadiah rangsangan untuk kecemerlangan di setiap peringkat peperiksaan.
Perbelanjaan seperti ini pastinya tidak kelihatan dengan mata kasar seperti membina bangunan tinggi!
Selain itu penekanan turut diberikan kepada projek kesejahteraan hidup.
Realitinya dalam tempoh 35 tahun sejak pentadbiran BN dari 1974, hanya lebih 7,000 unit rumah mampu disediakan.
Namun, melalui pentadbiran sekarang, kerajaan negeri memutuskan untuk membina 10,000 unit sepanjang lima tahun dengan kos RM1 bilion dan sejauh ini telah belanjakan hampir RM700 juta.
Projek-projek yang telah siap dan sedang dibina sebanyak 6,757 unit dalam tempoh tiga tahun sahaja berbanding 30 tahun sebelum ini.
Selain itu kerajaan menampung subsidi yang besar bagi mengurangkan bebanan rakyat.
Tahun ini kerajaan hendak membina lebih 1,000 unit rumah sehingga mencapai sasaran. Ini tidak termasuk 1,000 unit rumah melalui peruntukan kerajaan Pusat di bawah Program Perumahan Rakyat.
Mudah sahaja bayangkan dengan belanja RM1 bilion itu kalau dibina bangunan tinggi atau bangunan besar, ia memang boleh dilihat dengan jelas tetapi rumah yang dibina di merata pelusok negeri, ia dinikmati olah rakyat ramai.
Jadi Yahaya janganlah nak ‘lebong’ dengan modal politik yang kurang bijak tanpa mengambil kira pembangunan kesejahteraan rakyat membabitkan dana-dana yang bersifat one-off yang begitu besar jumlah perbelanjaannya.
No comments:
Post a Comment