Thursday, February 16, 2012

Amaran Angin Kencang & Laut Bergelora Lima Hari Kulai Sabtu

Beberapa kawasan perairan negara diramal dilanda angin kencang dan laut bergelora selama lima hari bermula Sabtu ini hingga 22 Februari.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), amaran angin kencang Timur Laut dan laut bergelora (kategori ketiga) dengan kelajuan 60 kilometer sejam dan ombak yang mencapai ketinggian 4.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Mukah, Bintulu, dan Miri di Sarawak; WP Labuan, Kudat, Pedalaman dan Pantai Barat Sabah, Condore, Reef North, Reef South, Layang-Layang dan Palawan.

Sementara itu, JMM turut mengeluarkan amaran angin kencang Timur Laut dan laut bergelora (kategori kedua) berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Kuching dan Rejang, Sarawak, Samui, Tioman dan Bunguran.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai, perkhidmatan feri, perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak dan menangkap ikan.

No comments:

Post a Comment