Penyiar rasmi siaran langsung televisyen di Malaysia bagi Euro 2012, Astro bakal menyajikan liputan penuh semua 31 perlawanan dengan 12 daripadanya secara eksklusif hanya menerusi saluran TV satelit itu.
Siaran eksklusif itu termasuk dua perlawanan suku akhir dan satu separuh akhir serta liputan semua perlawanan England dari 8 Jun hingga 1 Julai.
Sempena Kempen Unmissable (Mesti Tonton) Euro 2012, pelanggan Pek Sukan Astro boleh menontonnya menerusi lima saluran khusus Interaktif Kejelasan Biasa (SD) di samping lima saluran Interaktif Kejelasan Tinggi (HD) yang melanggan Astro B.yond dengan ciri butang Merah interaktif.
Ulasan dan sari kata Bahasa Melayu bagi perlawanan terpilih secara langsung juga disediakan pada saluran Astro Arena.
Selain itu, satu tahap baru aksi Euro bakal dinikmati apabila Astro membawa pengalaman menonton menyeluruh dengan TV (HD dan SD), Radio dan aktiviti luaran dan dalam talian.
Laman web www.stadiumastro.com turut akan menghidangkan peminat dengan berita terkini dan lengkap mengenai Euro 2012.
Pada tahun ini buat kali pertama, Astro memperkenalkan Pas Khas Ke Euro 2012 yang boleh didapati dari 1 April dan selepasnya.
Pelanggan Astro yang tidak melanggan Pek Sukan boleh menyaksikan Euro 2012 menerusi Pas Khas berharga RM50 yang akan memberikan mereka, kesemua 31 perlawanan secara langsung tanpa perlu melanggani Pek Sukan Astro.
Naib Presiden Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Khay berkata: “Kami gembira dapat mencipta penanda aras baru industri dengan meluaskan liputan Euro 2012 kepada pelanggan Astro yang tidak melanggani Pek Sukan menerusi Pas Khas Ke Euro 2012.
“Inilah satu lagi ‘Yang Pertama’ daripada Astro yang memberikan saranan nilai yang boleh dipilih menurut keperluan, keutamaan dan belanjawan mereka,” katanya dalam kenyataan semalam.
No comments:
Post a Comment