Wednesday, February 22, 2012

Bapa Tiga Anak Dijel Kerana Cedera Polis

Seorang bapa kepada tiga anak dipenjarakan selama dua hari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu, semalam, selepas mengaku bersalah mencederakan seorang anggota polis berpangkat konstabel berusia 23 tahun.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd Shukri Muda, 34, dari Kampung Tanjung, Batu Rakit, di Kuala Terengganu, yang bekerja sebagai tukang rumah selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan.

Selain itu, tertuduh turut berdepan hukuman penjara selama dua bulan sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan. Bagaimanapun, tertuduh terpaksa meringkuk selama dua bulan di penjara selepas gagal menjelaskan denda itu.

Terdahulu dalam rayuannya, Mohd Shukri memohon mahkamah meringankan hukuman alasan dia perlu menanggung ahli keluarganya memandangkan isterinya tidak bekerja dan mempunyai tiga anak selain mendakwa sakit.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya terhadap Amran Yahya di Balai Polis Gong Badak, di sini, kira-kira jam 8.25 malam, 12 Februari lalu.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

No comments:

Post a Comment