Tuesday, February 21, 2012

‘TRAGEDI SSMZA’- PAS Jadi ‘Hantu’ Berasaskan ‘Sumber Hantu’

Laporan oleh 3 ADUN PAS kepada SPRM mengenai keruntuhan dan kecurian di SSMZA disiarkan di Sinar Harian, Jumaat 17 Feb 2012

Bahagian Kedua (Sambungan Semalam)

Pada sidang media (Khamis 16 Februari 2012) selepas memperbaharui laporan berkaitan tragedi bumbung stadium runtuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk bercerita mengenai hantu.

Perkara mengenai hantu ini timbul kerana ketiga-tiga ADUN PAS tiba-tiba ‘naik hantu’ apabila bercakap mengenai Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang runtuh dan barang serta kelengkapannya dicuri.

Tiga ADUN PAS (ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad, ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Razak dan ADUN Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah) bagai tidak boleh lagi mengawal emosi mungkin kerana geram, dendam dan marah kepada UMNO dan Kerajaan Negeri dalam banyak perkara dan isu SSMZA ini sebagai cara untuk ‘menjadi hantu’ pada sidang media itu.

Menurut Dr Syed Azman yang juga Anggota Jawatnkuasa Kerja PAS Pusat hairan, bagaimana peralatan stadium yang dilaporkan bernilai RM50 juta itu telah dicuri.

Beliau berkata, adalah mustahil set penjana kuasa yang begitu besar boleh diangkut oleh seorang atau dua orang manusia.

Bagaimana boleh berlaku kecurian yang kitatidak dapat gambarkan! Kalau (set) penjana kuasa bagaimana (orang boleh curi sedangkan) 10 orang tak boleh angkat? ke hantu yang curi?

“Peralatan latihan pun dicuri…….kerusi pun dicuri! Ini satu (kejadian) yang cukup malang
,”katanya.


Memang benar sekali kata-kata Syed Azman ini.

Tidak mungkin 10 orang boleh angkat set penjana kuasa. Mungkin ‘hantu PAS’ boleh angkatnya dan kerana itu set itu masih berada di stadium berkenaan.

Tidak faham bagaimana Syed Azman yang berkelulusan luar negara boleh membuat tuduhan palsu bersifat fitnah dengan sengaja cuba memburuk-burukkan UMNO dan kerajaan negeri

Untuk ingatan, Syed Azman sedang berdepan saman kerajaan negeri dalam isu bekalan pakaian dan peralatan sekolah.)

Apakah Syed Azman berdendam? Apakah Syed Azman berharap isu ini dapat ‘membalas geramnya’ kepada pentadbiran Datuk Seri Ahmad Said?

Yang pasti tuduhan-tuduhan Syed Azman itu semuanya tidak benar dan ‘bohong belaka’.

Ini hakikat dan keadaan sebenar:

1. Set janakuasa tersebut masih berada dalam stadium berkenaan sebagaimana foto dibawah:

Foto diambil pada 19/2/2012 menunjukkan Janakuasa yang didakwa dicuri sebagaimana laporan Syed Azman pada SPRM masih berada didalam Stadium.

2. Kren mungkin digunakan untuk membawa keluar janukuasa ini? Tidak benar sama sekali kerana pintu bilik janakuasa yang kecil tidak mengizinkan kren masuk kedalam untuk digunakan:

Pintu bilik Janakuasa yang kecil tidak membolehkan kren masuk untuk membawa keluar Janakuasa sebgaimana yang di fitnah oleh Syed Azman.

3. Peralatan “training” atau alat latihan dicuri? Dakwaan itu tidak benar sama sekali yang mana peralatan berkenaan telah dipindahkan ke Trek Olahraga Majlis Sukan Negeri bagi kegunaan latihan athelik SUKMA serta masih digunakan hingga kini:


Sebahagian Peralatan “training” yang disimpan di Stadium olahraga dalam kawasan stadium kompleks sukan yang digunakan oleh Majlis Sukan Negeri.

4. Kerusi dari stadium ini juga telah dicuri? Tidak benar kerana mana-mana kerusi dari tempat kejadian yang masih boleh dibaiki telah dipindahkan ke Padang C Komplek Sukan dan Trek Latihan Majlis Sukan Negeri untuk diguna semula. Kerusi-kerusi di Bahagian Barat Stadium yang tidak terlibat dengan runtuhan bumbung stadium masih lagi kekal di situ.

Kerusi Stadium yang rosak akibat dihempap oleh runtuhan bumbung stadium.


Kerusi-kerusi yang masih boleh dipakai dipindahkan ke padang C dan Padang Olahraga untuk kegunaan semasa dan tidak dicuri sebagaimana di dakwa.

Pandangan sebelah barat stadium yang tidak terlibat dengan runtuhan dimana kerusinya masih lagi kekal ditempat asal.

Amat jelas daripada apa yang ditunjukkan ini, Syed Azman melengkapkan lagi siri pembohongannya di Terengganu.

Di sini membuktikan bahawa:

1. PAS hanya bergantung kepada sumber ‘hantu’ dalam membuat laporan dan kerana itu ADUN mereka ‘naik hantu’ apabila membuat laporan;

2. Tanpa siasatan atau penyelidikan rapi dan mungkin hanya berasaskan laporan akhbar yang belum disahkan, Syed Azman mengambil keputusan melaporkan kepada SPRM sedemikian rupa; dan

3. Walaupun Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sudah menyatakan mungkin kecurian yang berlaku tidak sampai ke jumlah RM50 juta seperti dilaporkan akhbar dan pihak bertanggungjawab sedang menyiasat mengenainya;

Sewajarnya Syed Azman dipanggil oleh SPRM kerana laporannya tidak benar dan apakah seorang ADUN bebas melakukan tuduhan liar dan laporan bagaikan imuniti di dalam Dewan Undangan Negeri digunakan sewenang-wenangnya oleh beliau.

Dalam kes ini tuduhan Syed Azman bukan sahaja melihatkan kerajaan negeri dan UMNO.

Syed Azman sudah mempertikai keupayaan pengurusan stadium, syarikat kawalan keselamatan dan pihak-pihak yang berkiatan dengan pengurusan SSMZA.


Dengan kata lain, Syed Azman memperkecilkan keupayaan pihak-pihak ini berlandaskan ‘sumber hantu’ dan kerana itu sanggup menimbulkan pertanyaan apakah ‘hantu yang curi set jana kuasa di stadium berkenaan’.

Hakikatnya Syed Azman yang berperangai seperti ‘hantu’ dan kerana itu membuat tuduhan palsu yang berasaskan kepada ‘sumber hantu’.

Kenapa akhir-akhir ini pemimpin PAS semakin berperangai macam ‘hantu’?

No comments:

Post a Comment