bu bapa atau penjaga mempunyai anak yang lahir pada 2 Januari 2006 hingga 1 Januari 2007 bagi tahun persekolahan 2013 diminta membuat pendaftaran bagi penempatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) seluruh negeri.
Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Encik Hashim Mohd Zain berkata, mereka yang mempunyai anak lahir pada 2 Januari 2007 hingga 1 Januari 2008 bagi tahun persekolahan 2014 juga diminta berbuat demikian.
“Permohonan penempatan di SK di negeri ini boleh dibuat seawal dua tahun sebelum penggal baru persekolah bermula,” katanya.
Katanya, syarat permohonan ialah ibu bapa atau penjaga perlu bawa bersama sijil kelahiran kanak-kanak terbabit (salinan asal dan fotostat) dan bukti alamat tempat tinggal dengan membawa bil elektrik atau air atau dokumen lain semasa mendaftar.
Tambahnya, bagi kanak-kanak yang cacat penglihatan dan pendengaran atau yang dikategori bermasalah, mereka perlu menjalani pemeriksaan doktor sebelum membuat pendaftaran dan borang boleh didapati di Unit Pendidikan Khas JPN.
Selain itu, permohonan penempatan kanak-kanak warga asing bagi kemasukan 2013 boleh dilakukan di JPN selepas 1 Oktober 2012.
“Setiap borang permohonan diisi dengan tiga salinan dan disertai dua salinan sijil kelahiran kanak-kanak terbabit, dua salinan kad pengenalan ibu bapa serta dua salinan pasport kanak dan ibu bapa,” katanya.
Menurutnya, jika ibu bapa bekerja di negara ini, sertakan salinan pas pengajian yang sah, salinan pas tanggungan (anak/ibu) dan salinan surat majikan dan jika permohonan dibuat oleh penjaga sertakan salinan surat keterangan hubungan dengan kanak-kanak tersebut.
Katanya, semua keterangan lanjut mengenai borang dan permohonan boleh berhubung dengan Unit Perhubungan dan Pendaftaran JPN di Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu atau ditalian 6213000.
Teganukita
No comments:
Post a Comment