Saturday, February 18, 2012

Kontraktor Yang Dapat Projek Di Tasik Kenyir Perlu Komited – Ahmad Said

Kontraktor yang mendapat kontrak untuk membangunkan kawasan Tasik Kenyir sebagai kawasan peranginan bebas cukai diingat supaya lebih komited dan memberi tumpuan sepenuhnya agar projek yang dirancang kerajaan siap mengikut jadual.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata prestasi kemajuan kerja beberapa projek yang sedang berjalan didapati agak perlahan dan ketinggalan.

Beliau berkata sebagai contoh pembinaan infrastruktur tapak utama pulau bebas cukai dalam kawasan Tasik Kenyir di Pulau Bayas yang melibatkan RM17 juta mendapati hanya mencapai sembilan peratus indeks kemajuan berbanding 15 peratus yang ditetapkan dalam jadual asal.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan bersama 43 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong untuk melihat perkembangan terkini pembangunan Pulau Bayas di Tasik Kenyir yang akan menjadi pulau utama kawasan bebas cukai.

No comments:

Post a Comment