Omar Osman pada sidang media berkaitan isu semasa kakitangan awam selepas Majlis Forum Bersama ahli kesatuan itu Kuala Lumpur, semalam.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan bersetuju dengan permintaan KesatuanPekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) supaya tiga lagi pemimpin kanan kesatuan itu menganggotai pasukan petugas khas semakan semulasistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA).
Beliau berkata tidak ada masalah jika mereka hendak menyertai pasukan itu kerana memang menjadi hasrat kerajaan serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendengar pandangan pihak lain yang terlibat.
"Tiada masalah kerana kalau tidak terima mereka sekarang, nanti kita kena menyakinkan mereka juga, lebih baik libatkan mereka dari awal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Majlis Kebajikan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (Maksak) di Putrajaya.
Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman semalam berkata permohonan berhubung perkara itu akan dihantar kepada Mohd Sidek hari ini.
Beliau menegaskan akan memperjuangkan hak ahli dan mahu tiga lagi ahli kepimpinan Cuepacs, termasuk Timbalan Presiden, Azih Muda (kanan) dan Setiausaha Agung, Lok Yim Pheng (kiri) diberi tempat dalam mesyuarat penambahbaikan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 8 Januari nanti.
No comments:
Post a Comment