Dua mangsa simbahan asid di Kampung Padang Merchang, di sini, Ahad lalu dijadual menjalani pembedahan bagi menampal kulit baru Khamis ini.
Mohd Fazil Hanafi Idrus, 18 (gambar kanan) , dan Shahurzaman Salim, 38, yang ditempatkan bersebelahan antara satu sama lain di Unit Kebakaran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kelihatan sihat namun masih kurang mampu bercakap ekoran kecederaan yang dialami.
Bapa Mohd Fazil Hanafi, Idrus Mat Nor, 54, berkata anaknya itu bakal dibedah bagi membolehkan kulit peha lapisan pertamanya diambil untuk menampal sebahagian anggota badannya yang melecur teruk terkena simbahan asid itu.
"Setakat ini, doktor memaklumkan mungkin tiga hari lagi dia akan dibedah dan dia juga tidak kisah dibedah jika itu dapat membantu masa depannya. Buat masa ini, dia kurang bercakap mengenai kejadian yang berlaku dan lebih banyak mendiamkan diri," katanya kepada pemberita, di sini Selasa.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K. Manoharan berkata seorang lagi pekerja kontrak ditahan bagi membantu siasatan kes itu.
No comments:
Post a Comment