Wednesday, February 22, 2012

UMT Belanja RM40 Juta Untuk Pembangunan Kampus

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan membelanjakan lebih RM40 juta untuk projek-projek pembangunan kampus dalam Rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9) yang belum disiapkan.

Naib Canselor UMT Prof Datuk Aziz Deraman berkata ini termasuk pembinaan bangunan agro teknologi, sains makanan, maritim dan pusat Islam yang sedang dalam proses pembinaan.

"Kita harap semua bangunan mula dapat digunakan semester depan," katanya kepada Bernama selepas program Gema UMT 'Bersama Ya Rasulullah' pada Selasa.

Selain itu, Aziz berkata akan menggerakkan projek pembangunan UMT di Tasik Kenyir Hulu Terengganu dan Bukit Kor Marang tahun ini.

No comments:

Post a Comment