Thursday, February 9, 2012

Mayban Serah Zakat Perniagaan Kepada Maidam

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menerima bayaran zakat perniagaan daripada Maybank Islamic Berhad Malaysia di Majlis Penyerahan Zakat di Wisma Darul Iman, semalam.

Wakil Maybank, Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Muzaffar Hashim menyerahkan sejumlah RM600,000 kepada Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Haji Wan Harujan Sulaiman sambil disaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Zakat perniagaan yang diserahkan Maybank itu merupakan agihan sama rata iaitu sebanyak RM600,000 di setiap negeri.

Ahmad Said berkata, pihaknya bersyukur kerana jumlah zakat perniagaan yang diterima Maidam pada setiap tahun semakin meningkat.

“Peningkatan ini membuktikan ekonomi penduduk dan syarikat perniagaan di negara ini khususnya Terengganu bertambah baik,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu..

No comments:

Post a Comment