Thursday, February 2, 2012

Nilai Kecurian Tidak Sampai RM50 Juta - Ahmad Said

Kerajaan negeri Terengganu semalam menafikan nilai (SSMZA) yang dicuri sebanyak RM50 juta sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar tempatan kelmarin.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata ini kerana taksiran sebenar nilai barang-barang yang hilang sedang dibuat oleh pihak Jabatan Kerja Raya.

"Kerugian saya rasa lebih rendah daripada yang dilaporkan. Macam mana mereka dapat RM50 juta, siapa yang berikan angka itu," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, semalam.

Kelmarin (31 Julai 2012), Berita Harian melaporkan peralatan pendawaian elektrik, sistem elektronik dan pelbagai lagi termasuk dua set janakuasa di SSMZA yang semuanya bernilai RM50 juta lesap dilarikan pencuri sejak stadium itu ditutup dua tahun lalu selepas sebahagian bumbungnya runtuh.

Menteri Besar berkata sebenarnya perkara itu sekarang ini dalam tindakan dan siasatan pihak polis.

Katanya, sehingga kini polis sudah menahan tujuh lelaki berusia 20 hingga 40 tahun yang terbabit dalam kes kecurian dan pencerobohan di stadium berkenaan serta sudah didakwa di mahkamah.

No comments:

Post a Comment