Thursday, February 2, 2012

Temuduga Terbuka Jawatan Iman, Bilal

Kerajaan Terengganu mempelawa rakyat negeri ini untuk mengisi kekosongan jawatan imam dan bilal di masjid-masjid di Terengganu.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kekosongan itu kerana banyak masjid-masjid mukim di negeri ini dinaikkan taraf ke masjid kerajaan.

"Temuduga secara terbuka akan diadakan segera," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco negeri semalam.

Menurut Menteri Besar kekosongan setakat ini untuk 41 orang melibatkan jawatan S17 dan pemohon mesti lulus SPM di samping mempunyai pendidikan agama.

No comments:

Post a Comment