Wednesday, February 8, 2012

Pameran Antarabangsa Khazanah Islam di Muzeum Terengganu

Pameran Antarabangsa Khazanah Islam dari Negara China di Galeri Mandalika, Muzium Negeri Terengganu, Kuala Terengganu, berlangsung sehingga Julai ini.

Muzium Negeri Terengganu dalam kenyataan di laman webnya berkata, pameran itu merangkumi artifak bermotifkan kesenian Islam dari pelbagai dinasti China terutama Dinasti Ming yang mempunyai pengaruh kuat hasil kedatangan pendakwah dari Asia Barat pada ketika itu.

“Artifak kesenian Islam yang dijangka menjadi tarikan bagi pengunjung di pameran itu termasuklah yang diperbuat daripada emas, perak, gangsa, porselin, jed dan batu-batu lain-lain.

“Ini termasuklah al-Quran bersadur emas berusia lebih 500 tahun dari Dinasti Ming yang sejarahnya bermula sejak zaman Kerajaan Uthmaniah menggunakan skrip Naskhi dan dipercayai dibawa ke Timur Turkestan (Xinjiang-China) oleh guru agama berbangsa Arab,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, al-Quran itu dibawa ke Uighur Turks (Timur Turkestan) sebelum ke Yunan-China dianggarkan bernilai lebih RM170 juta (AS$3 juta).

“Selain artifak bercirikan Islam, Muzium dengan kerjasama Topchain Sdn Bhd juga akan mempamerkan artifak dari dinasti lain yang mempunyai ciri dan motif berbeza.

”Muzium turut menganjurkan aktiviti sampingan untuk pelajar sekolah dan dewasa sepanjang pameran itu yang akan diwarwarkan dari masa ke semasa,” kata kenyataan itu.

Bayaran masuk ialah RM10 untuk dewasa; RM5 (kanak-kanak 6-12 tahun) dan pakej keluarga (RM25), manakala maklumat lanjut hubungi Pengarah Urusan, Islamic Treasures from China Exhibition 2012, Wan Farahaida Wan Idrus di talian 018-3829500; Mohd Saberi Muda (019-9630015) atau layari museum.terengganu.gov.my

No comments:

Post a Comment