Wednesday, February 22, 2012

Pekerja Syarikat Cari Gali Ditahan Edar Dadah

Polis berjaya mematahkan cubaan pengedaran dan penagihan dadah yang berselindung di sebalik bengkel membaiki kereta di Kampung Batu 24, di sini awal pagi tadi.

Serbuan kira-kira pukul 2 pagi tadi membawa penahanan kepada empat sahabat yang berumur antara 23 hingga 33 tahun yang bekerja di syarikat cari gali dan mekanik.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, ASP Mohd. Rosli Mohd. Amir berkata, hasil serbuan polis menemui kira-kira 70 biji pil kemerahan dipercayai pil kuda dalam kotak rokok salah seorang suspek berkenaan.

"Semasa pemeriksaan dibuat suspek yang bekerja di sebuah syarikat cari gali ini bertindak menggenggam pil berkenaan yang diletakkan di dalam kotak rokok, katanya dalam satu sidang media di Kuala Terengganu, hari ini.

Mohd. Rosli berkata, pihaknya juga menemui 25 biji pil kuda yang bertaburan di atas lantai dan yang disembunyikan di dalam beberapa kotak rokok yang dicampak ke lantai

No comments:

Post a Comment