Wednesday, February 22, 2012

Pelajar Mohon PTPTN Perlu Buka Akaun SSPN Melalui Maybank, Bank Islam

Pelajar yang berhasrat memohon pembiayaan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta tahun ini perlu membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) melalui Maybank dan Bank Islam Malaysia Berhad.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan PTPTN hari ini, pembukaan akaun SSPN melalui bank lain hanya dibenarkan bagi mereka yang berhasrat memohon pembiayaan pendidikan itu selepas tahun 2012.

Kenyataan itu berkata bagi mereka yang telah mempunyai akaun SSPN, penambahan deposit boleh dibuat melalui semua saluran sedia ada seperti Maybank, Bank Simpanan Nasional, Agrobank, CIMB Bank Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad dan kaunter PTPTN.

Bermula 1 Jan lepas PTPTN mewajibkan pembukaan akaun SSPN sebagai syarat kelayakan bagi individu yang ingin memohon pembiayaan pendidikan PTPTN.

Sebelum ini, bank terlibat yang menjadi agen PTPTN telah diminta menaiktaraf sistem pembukaan akaun SSPN bagi memastikan kelancaran proses pembukaan akaun itu.

Kenyataan itu berkata sehingga 31 Jan lepas hanya Maybank dan Bank Islam Malaysia Berhad berjaya menaik taraf sistem mereka.

1 comment:

  1. Kalau kita baru dah buka akaun SSPN dekat bank lain selain bank islam dan mybank???kita sambung ijazah bulan 9 tahun nie..kita boleh dapat PTPTN???macam mana ye???

    ReplyDelete