Monday, February 20, 2012

Pelumba Basikal Kita Setanding Jagoan Asia - Syed Hussaini

Pelumba negara, Muhammad Adiq Husainie (kiri) yang meraih perak bergambar bersama pemenang pingat emas, Tomohiro Kinoshita dari Jepun dan pemenang gangsa, Goudarziavin Moazemi dari Iran dalam acara jalan raya individu akhir kategori lelaki bawah 23 tahun pada Kejohanan berbasikal Asia 2012 di Putrajaya.

“Maaf Malaysia. Saya sudah cuba yang terbaik tapi terpaksa berpuas hati di tempat keempat. Saya sudah cuba sedaya upaya namun itu saja yang termampu dilakukan.

“Apapun terima kasih kepada rakan pasukan, pegawai yang terbabit dan yang penting penyokong yang datang memberi sokongan. Terima kasih tidak terhingga.

“InsyaAllah saya akan cuba lagi di lain kali andai diberi peluang untuk menebus kekalahan ini,” kata , Adiq Husainie Othman yang akan menyarung jersi negara pada perlumbaan terbesar Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) bermula 24 Februari ini.

Ternyata saingan acara lebuh raya Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) melabuhkan tirai kelmarin tidak mendatangkan pingat yang diharapkan walaupun dianggap berjaya.
Empat pelumba skuad lelaki elit negara gagal mengikuti jejak Adiq, 23 tahun untuk menyumbangkan pingat.

Perlumbaan yang berakhir dengan penyudah beramai-ramai itu menyaksikan wakil negara, Mohd Zamri Salleh gagal mengekang kayuhan bertenaga pemenang pingat emas Sukan Asia 2010, dari Hong Kong, Wong Kam Po yang terlebih dulu melepasi garisan penamat untuk membawa pulang emas.

Zamri terpaksa berpuas hati di tempat keempat selepas gagal memintas pelumba Iran, Mehdi Sohrabi yang meraih perak dan Taiji Nishitani dari Jepun, merangkul gangsa.

Sementara itu, tiga lagi wakil negara, Mohd Harrif Salleh menduduki tempat ke-12 diikuti Amir Mustafa Rusli (43) dan Akmal Amrun (51).

Malaysia menutup tirai ACC tahun ini dengan kejayaan yang disifatkan terbaik apabila menduduki tempat kelima dalam acara trek menerusi kejayaan merangkul tiga pulang tiga emas, enam perak dan lima gangsa.

Hong Kong menguasai saingan dengan kutipan 10 emas, enam perak dan empat gangsa manakala Jepun kedua dengan tujuh emas, lima perak dan enam gangsa dan Korea ketiga dengan empat emas, tujuh perak dan tujuh gangsa.

Begitupun, skuad lebuh raya negara sekadar menduduki tempat kelapan daripada 24 negara bertanding menerusi pingat perak tunggal sumbangan Adiq Husainie.

Apapaun jurulatih negara, Syed Muhammad Hussaini Syed Mazlan menganggap, kedudukan keempat yang berjaya diraih Zamri Salleh dalam perlumbaan elit lelaki lebuh raya pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012 kelmarin memberikan kepuasan.

Menurutnya, latihan singkat tidak menghalang anak buahnya untuk mencatat keputusan baik walaupun gagal menaiki podium.

"Mereka membuatkan saya bangga pada aksi kali ini, ia adalah keputusan yang cemerlang sejak tahun 1993 di mana ketika itu kita berjaya meraih pingat gangsa acara lebuh raya menerusi Nor Effendy Rosli," katanya.

Sebelum saingan ACC bermula, skuad lebuh raya dilanda dengan kontroversi apabila pelumba pecut, Anuar Manan digugurkan pada saat akhir kerana tidak memberi komitmen terhadap latihan dan digantikan oleh Mohd. Harrif Salleh.

"Ia bukan perlumbaan yang mudah mereka bertarung dengan pelumba profesional dari Asia tetapi dalam masa yang sama mereka mampu memberi tentangan sengit kepada pelumba tersebut, memang sukar untuk mencatat kejayaan.

"Setidak-tidaknya kita sedar bahawa mereka setaraf pelumba handalan Asia yang lain, semuanya mengikut arahan yang dilakukan oleh ketua pasukan (Zamri) semasa perlumbaan ia adalah aksi yang sangat memuaskan," katanya.

Selain Zamri, Malaysia dibarisi oleh Harrif yang menduduki tempat ke-12, Amir Mustafa Rusli (43) dan Akmal Amrun (51). Perlumbaan sejauh 179.2 kilometer itu dimenangi oleh pelumba veteran Hong Kong, Wong Kam Po.

Ditanya mengenai pemilihan Harrif, Syed Hussaini berkata, pelumba kelahiran Kuala Terengganu itu menunjukkan komitmen yang tinggi dalam perlumbaan dan tidak sia-sia menyenaraikannya dalam skuad kebangsaan.

Kosmo! & Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment