Monday, February 20, 2012

JR Perlu Gempur Habis-Habisan DUN Manir - Ahmad Said

Jentera Wanita Jalinan Rakyat (JR) Barisan Nasional di gesa mengempur Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir secara besar-besar dalam usaha membantu DUN itu bangkit menyokong kepimpinan BN dan bukannya berterusan dijajah pembangkang.

Pengerusi Barisan Nasional Negeri, Datuk Seri Ahmad Said, berkata JR turun ke kawasan masing-masing dan memperhebatkan lagi kempen di DUN yang kalah bagi membantu pemimpin sedia ada berjuang berhabis-habisan mempertahankan parti ini.

Katanya, di setiap bahagian, BN mempunyai gerakan wanita atau `Tentera Semut Merah’ yang mampu dan bersemangat menyerang semua DUN terutama di kawasan kubu kuat pembangkang.

“Kalau ada saudara mara di DUN yang kalah, jangan malu dan segan untuk berkempan atau bersemuka dengan rakyat kerana sudah ternyata parti kita banyak kelebihan dan membantu penduduk.


“Pelbagai bantuan dan kebajikan kita sudah laksanakan, termasuk bantuan atap rumah, tabung kronik, rumah bersubsidi serta banyak lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Permantapan Jentera Wanita JR, di Dewan Intan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu kelmarin (18 Februari).

Hadir sama, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Perhubungan Terengganu, Datuk Hajah Fatimah Hamat; Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu merangkap Yang Dipertua DUN, Datuk Tengku Putera Tengku Awang; Ahli Dewan Undangan Negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat dan beberapa pemimpin setempat.

Ahmad Said memberitahu, gelombang dan bahang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) sudah semakin dekat, JR di setiap kawasan perlu bersiap-sedia dengan menjalankan tanggungjawab masing-masing.'

Teganukita

No comments:

Post a Comment