Sunday, February 12, 2012

PEMBOHONGAN PAS KE 4 – Kerajaan Pimpinan Ahmad Said Zalim!

Kepimpinan PAS Terengganu nampaknya berusaha menjadikan isu tanah di luar pagar Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB) di Paka, sebagai suatu kezaliman oleh kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ahmad Said.

Mereka seperti mahu menjadikan isu ‘kezaliman’ ini seperti apa yang dilakukan oleh UMNO Terengganu pada 2004 yang menentang kezaliman PAS apabila menghalau pelajar Tadika Kemas dan mengunci balai raya berkenaan.

Hari ini (12 Februari 2012) dilaporkan satu‘demonstrasi’ (tunjuk perasaan) akan di adakan di tanah lapang berhadapan sekolah, di Jalan Santong, Paka, pada jam 1 petang.

Tujuannya? Menurut laman pembangkang yang memetik Penasihat Ahli Lembaga Pengarah SRIDB, Saiful Bahri Mamat yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, ialah menentang “tindakan kerajaan UMNO Terengganu (bukan Barisan Nasional?) merampas tanah tersebut dari kegunaan awam sebagai sebuah sekolah sebaliknya di agih-agihkan kepada individu yang membabitkan lima orang JKKK.”

Saiful Bahri dalam blognya berkata “Kini dengan rakus mereka tega merampas tanah institusi pendidikan Islam dan dibahagikan kepada pengerusi dan AJK JKKK setempat pada bulan Desember 2011 yang kini baru disedari setelah disembunyikan.”

Tanah yang dipersoalkan ini adalah lima lot (Lot RTB 9829 – RTB 9832) yang diagihkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Dungun kepada penduduk di kawasan itu.

Kini dengan lay-out baru itu dikatakan tanah perancangan (diulangi TANAH PERANCANGAN) untuk penempatan anak yatim sudah hilang. Malah dikatakan juga sebahagian surau, kantin sekolah bahkan dua unit Rumah guru juga turut dirampas.

Kata Saiful Bahri dalam blognya: “Siapa yang terlibat dengan kezaliman ini? Sudah tentu pihak JKKK terlibat secara langsung. Apatah lagi mereka bermesyuarat dan memutuskan untuk meletakkan nama mereka sendiri. Adun Negeri N28 pastinya merupakan orang yang memutuskan dan menandatangani bagi kelulusan dan sokongan dalam mesyuarat Tanah Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Ia dibawakan ke mesyuarat MMKN dan diluluskan oleh Exco dan ditandatangani oleh MB Terengganu iaitu DS Ahmad Said. Inilah sebenarnya kezaliman itu…

Kata Saiful Bahri: “Penggal pemerintahan Umno-BN setelah tahun 2004, menyaksikan pelbagai kezaliman yang kini semakin terasa dikalangan rakyat marhain. Perbuatan meniru Zionis laknatullah yang merampas tanah Palestine dan rumah ibadah dibumi suci tersebut.”

Benarkah demikian?

Pertama, tanah yang dipertikaikan itu adalah tanah DI LUAR PAGAR kawasan sekolah berkenaan;

Kedua, tanah berkenaan bukan milik sekolah berkenaan. Kerana itu Saiful Bahri mengatakan ia TANAH PERANCANGAN;

Ketiga, PAS memperjuangkan tanah itu selepas ia menjadi milik orang persaorangan yang sah diluluskan oleh Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (maknanya pemilik ini walau siapa jugai bukan merampas seperti yang didakwa);

Keempat, pihak sekolah tidak pernah menyatakan hasratnya memiliki tanah berkenaan kerana tidak mengemukakan sebarang permohonan kepada kerajaan negeri; dan

Kelima, kenapa pihak sekolah memagar tanah berkenaan sedangkan itu bukan miliknya. Apakah hak mereka melakukan sedemikian?

Selain itu, berkaitan dengan SRIDB ini, ada beberapa persoalan untuk pemimpin PAS Paka dan Terengganu jawab kerana ia berkaitan dengan tanah yang dipertikaikan.

1. Pernahkah Kerajaan Negeri menganggu sekolah berkenaan hingga saat ini walaupun sehingga ini masih terdiri di atas tanah ‘haram’? (maksudnya mendirikan bangunan di atas TANAH KERAJAAN SECARA HARAM);

2. Selain tidak pernah memohon tanah untuk sekolah berkenaan yang luasnya kira-kira satu setengah ekar, pemilik dan pengusaha sekolah hakikatnya melanggar Akta 425 Kanun Tanah Negara);

3. A
pakah bangunan sekolah, rumah guru dan bangunan lain yang ada di kawasan itu sekarang mempunyai Sijil layak Menduduki atau CF?

4. Siapa akan bertanggungjawab terhadap murid dan guru jika berlaku sesuatu terhadap bangunan berkenaan yang ditak mendapat kelulusan sedemikian?

5. Negeri mempunyai peruntukan undang-undang dan bolehkah kita menyifatkan mana-mana tanah yang kita kehendaki sebagai Tanah ALLAH dan menjadikan milik kita?

6. Berapakah jumlah derma sehingga kini dan bagaimana cara pendermaan dibuat?

7. Benarkah pada khutbah Jumaat dua minggu lepas pemimpin PAS Paka mengatakan “Seandainya kita pertahankan tanah ini…jika akhirnya kita gugur, mati kita adalah mati Syahid”.

8. Pas DUN Paka turut berkempen dalam isu tanah ini dengan mengajak penjenguk facebook menyokong mereka. Lihat http://www.facebook.com/pages/Kami-Bantah-Rampasan-Tanah-Sekolah-Rendah-Islam-Darul-Bayan-23100-Paka/278308188895566 . Wajarkah cara ini untuk menuduh dan memfitnah kerajaan negeri dan Menteri Besarnya?

9. Siapakah pengetua sekolah berkenaan dan benarkah dia seorang yang pernah menganggotai pertubuhan yang diharamkan kerajaan?

ADUN Paka, Zakaria@Mohd Ariffin Abdullah wajar mendedah dan menentang pembohongan dan tingkah laku pemimpin PAS ini.

Malah, kerajaan negeri dan kepimpinan UMNO Dungun wajar melihat isu ini sebagai cara PAS menggugat sokongan rakyat kepada kerajaan negero dan modal Saiful Bahri untuk bertanding pada pilihan raya umum ke 13 nanti.


Hapuskan pembohongan PAS ini daripada meracuni fikiran rakyat Terengganu!

No comments:

Post a Comment