Sunday, February 12, 2012

'Parti Ajaran Sesat' - Pemuda PAS Mahu Saman Ahmad Said


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menyerahkan notis meminta Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataannya bahawa PAS "parti ajaran sesat".

Notis itu dijangka akan diserahkan esok.

Ketuanya, Nasrudin Hassan menganggap kenyataan itu sangat biadab dan menghina kira-kira satu juta ahli PAS.

Nasrudin berkata, DPPM memberi tempoh seminggu untuk Menteri Besar Terengganu itu berbuat demikian dan jika gagal, DPPM akan mengambil tindakan undang-undang.

"Pemuda beri tempoh seminggu dan jika tak minta maaf dan tarik balik kenyataan itu, kita akan faikan saman kerana perkara ini satu penghinaan.

"Kalau dia kata PAS parti ajaran sesat, bermakna dia samakan dengan ajaran Ayah Pin dan lain-lain.

"Ini sangat menghina tokoh-tokoh agama dan golongan profesional yang bersama PAS," katanya.

"Pemuda PAS sangat kesal dengan kenyataan melampau dan menghina orang Islam dari seorang menteri besar.

"Datuk Ahmad Said perlu meminta maaf kepada ahli dan pemimpin PAS khasnya dan orang awam amnya," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan DPPM dekat Gombak, hari ini.

Ahmad Said, ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal pada Rabu lepas, dilaporkan berkata, perjuangan Pas kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam sebenar dan menyifatkan PAS sebagai "parti ajaran sesat".

Turut bersama pada sidang media ialah Naib Ketuanya Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Raja Iskandar Al-Hiss serta setiausaha, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

No comments:

Post a Comment