Wednesday, February 1, 2012

Penganggur Dipenjara Tiga Tahun, Denda RM6,000 Kerana Pecah Rumah

Seorang penganggur dihukum penjara tiga tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu, semalam bagi kesalahan melakukan pecah rumah, dua minggu lepas.

Majistret Abdul Hayyi Salim memerintahkan tertuduh, Mohd Tamezi Muda, 31, dari Setiu menjalani hukuman penjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda itu.

Mohd Tamezi mengaku salah memecah masuk sebuah rumah di Felda Bukit Bading di Ajil ketika pemilik rumah berkenaan keluar untuk solat di sebuah surau berhampiran antara 7.20 malam hingga 9 malam pada 16 Jan lepas.

Tertuduh yang mempunyai beberapa rekod jenayah lampau didakwa melarikan tiga utas gelang emas, dua bentuk cincin perak yang kesemuanya dianggar bernilai RM16,000 dan wang tunai RM500 dari rumah itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun, denda atau sebatan.

No comments:

Post a Comment