Wednesday, February 29, 2012

RM86.7 Juta Projek Pembangunan Wilayah Kemajuan Seluruh Negara

Mohd Shafie Apdal diberi penerangan oleh Wan Mat Amin Wan Daud (dua dari kiri) pada majlis pecah tanah projek pembesaran Bandar Ketengah Jaya di Dungun, Terengganu, semalam.

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan RM86.7 juta bagi projek pembangunan di wilayah kemajuan di seluruh negara pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, peruntukan itu bagi penyediaan prasarana yang diperlukan termasuk kediaman untuk penduduk setempat.

Katanya, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) mendapat RM20.7 juta, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) RM21.5 juta, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) RM23.6 juta dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) RM20.9 juta.

"Kesemua peruntukan itu disalurkan kepada wilayah-wilayah berkenaan tahun ini," katanya selepas menyempurnakan majlis pecah tanah projek pembesaran Bandar Ketengah Jaya semalam.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Dr. Rosli Mat Hassan; Ahli Parlimen Dungun, Datuk Matulidi Jusoh; Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Besi, Datuk Din Adam; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ibrahim Muhamad dan Pengurus Besar Ketengah, Wan Mat Amin Wan Daud.

No comments:

Post a Comment