Wednesday, February 15, 2012

'Saya Tembak Untuk Selamatkan Diri' _ Konstabel

"Saya terpaksa melepaskan tembakan untuk menyelamatkan diri dan memberi isyarat kepada rakan saya di mana lokasi saya ketika itu".

Begitu penjelasan Konstabel Amran Yahya, 23, yang telinga kiri hampir putus digigit seorang suspek yang cuba melarikan diri semasa ditahan kelmarin.

Amran berkata, tembakan itu dilakukan secara spontan setelah suspek bertindak rakus dengan mencekik serta menggigit telinga kirinya sehingga hampir putus.

Katanya, akibat gigitan dan pergelutan itu, beliau yang bertugas di Unit Peronda MPV Balai Gong Badak menerima 10 jahitan dan luka di bahagian dada serta lengan.

"Saya tidak mampu buat apa-apa lagi ketika itu kerana kepala saya rasa pening dan hendak pitam semasa telinga saya digigit dan leher saya dicekik," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, semalam.

Dalam kejadian semalam, suspek yang berasal dari Batu Rakit ddikatakan membuat helah kononnya mahu muntah sebelum bertindak menolak anggota polis itu dan melarikan diri.

Bagaimanapun, mangsa berjaya menangkap suspek sebelum berlaku pergelutan di satu kawasan semak berhampiran.

No comments:

Post a Comment