Seramai 7,431 penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini Selasa menerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) berjumlah RM200 setiap seorang.
Baucar berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran dan Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia, Ahmad Razif Abd Rahman melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.49 juta.
Ahmad Razif mengingatkan para pelajar berkenaan memanfaatkan pemberian baucar tersebut dengan sebaik-baiknya.
Turut pada majlis penyampaian baucar itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof Dr Yahaya Ibrahim.
No comments:
Post a Comment