Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata peruntukan tersebut tidak termasuk projek pembesaran parit dan longkang di daerah tersebut yang memerlukan pembinaan segera bagi mengatasi pelbagai masalah seperti banjir kilat.
“Kita bersetuju untuk meluluskan peruntukan RM750,000 bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Marang tahun ini untuk membina jalan-jalan kampung dan membesarkan jalan
Beliau berkata, tahun lalu kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM500,000 bagi setiap DUN bagi tujuan yang sama, tetapi pada tahun ini peruntukan itu dinaikkan bagi membolehkan lebih banyak jalan baru atau jalan yang sempit diperbesarkan.
Sementara itu, pada majlis perjumpaan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Dewan Majlis Daerah Marang, Menteri Besar meminta mereka turut ‘turun padang’ bagi membantu menyelesaikan masalah penduduk tempatan.
“Tidak ada maknanya jika kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat, tetapi ia tidak dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan kerana tidak ada maklumat.
“Jadi kita minta JKKK memainkan peranan bagi mengenal pasti golongan yang memerlukan ini dan bantuan dapat diberikan kepada mereka dengan kadar yang segera,” katanya.
Menteri Besar yakin jika rakyat mendapat segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, mereka akan menghargai usaha tersebut dan terus mempertahankan kedudukan Barisan Nasional (BN) sebagai parti pemerintah.
Teganukita
No comments:
Post a Comment