Kerajaan negeri Terengganu berhasrat menggandakan jumlah pengambilan pembantu pengajar bahasa Inggeris (ETA) dengan mengadakan jalinan kerjasama dengan Australia dan United Kingdom (UK) mulai tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sejak program ETA dilaksanakan pada 2009 jumlah keseluruhan tenaga pengajar ETA berjumlah 89 orang termasuk 17 peserta untuk tahun ini.
“Kita akan berunding dengan Jawatankuasa Kerjasama Pendidikan Malaysia-Amerika Syarikat (MACEE), sekiranya mereka dapat memenuhi permintaan kita untuk menambah bilangan tenaga pengajar.
“Namun perbincangan awal sudah dilakukan dengan Australia dan akan memulakan rundingan bersama UK dalam masa terdekat,” katanya
No comments:
Post a Comment