Kolej Universiti Tati (TATiUC) sedang menyediakan modul khas untuk melatih tenaga mahir dalam bidang pengurusan rumahtangga bagi mengurangkan kebergantungan rakyat Malaysia terhadap khidmat pembantu rumah dari negara asing.
Rektor TATiUC, Dr. Mohamad Rozailan Mamat berkata, modul khas itu dirangka setelah mendapat permintaan daripada Kementerian Sumber Manusia yang memberi fokus terhadap aspek teknikal dan keselamatan dalam rumah kepada pelajar.
"TATiUC bertanggungjawab untuk melatih dan membekalkan tenaga mahir anak tempatan untuk menjadi Pengurus Rumah yang dijangka menjadi pilihan utama rakyat Malaysia dalam membantu mereka melakukan rutin harian seperti menggosok dan membasuh pakaian serta mengemas rumah.
"Sehingga kini, kita menerima permohonan yang sangat menggalakkan, terutama dari sekitar Terengganu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian sijil kepada 170 pelajar TATIUC bagi sesi 2009-2011 di Kemaman semalam.
Dengan wujudnya skim latihan itu, Malaysia akan mempunyai tenaga mahir yang terlatih dalam bidang pengurusan rumahtangga, sekaligus mengurangkan pengambilan pekerja asing.
No comments:
Post a Comment