Friday, February 24, 2012

Anuar Sasar Jersi Hijau Dan Menang Podium Di Terengganu

Pelumba negara Anuar Manan berazam mahu merebut gelaran Raja Pecut (Jersi Hijau) serta memenangi salah satu daripada 10 peringkat perlumbaan pada saingan jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012, yang membuka tirainya hari ini.

Pada edisi ke-17 LtdL tahun ini, pelumba berusia 25 tahun dari Kuala Ibai, Terengganu itu, akan mewakili pasukan Champion System yang berpangkalan di Hong Kong.

Selain Anuar, turut sama dalam pasukan itu ialah pemenang pingat perak kategori bawah 23 tahun Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012 di sini minggu lepas, Adiq Hussainie Othman.

"Buat masa sekarang, saya berada dalam tahap kecergasan yang tinggi. Saya mempunyai pasukan yang bagus dan saya akan gunakan peluang ini untuk mencipta kejayaan.

"Saya sasarkan untuk meraih sekurang-kurangnya satu peringkat perlumbaan dan kalau boleh saya mahu meraih Jersi Hijau (Raja Pecut)," katanya ketika ditemui pada majlis pengenalan pasukan yang bertanding pada LTdL ke-17 di Dataran Merdeka, di Kuala Lumpur, semalam.

No comments:

Post a Comment