Thursday, February 9, 2012

Terengganu Rombak Barisan Pemain Hadapi Kelantan

Pasukan Terengganu akan membuat rombakan barisan pemain bagi menghadapi perlawanan menentang Kelantan di Stadium Sultan Mohammad ke-IV di Kota Baharu pada Selasa ini.

Ketua jurulatih, Mat Zan Mat Aris, berkata ia ekoran persembahan yang kurang memberangsangkan ketika aksi menentang Selangor PKNS malam tadi.

Katanya fungsi di beberapa bahagian pasukan itu tumpul dan kurang menjadi lantas beliau membuat keputusan untuk membuat rombakan barisan kesebelasan utamanya.

"Kelantan merupakan seteru utama kami jadi kita perlu satu pasukan yang mantap untuk menyaingi mereka," katanya.

Mat Zan berkata antara yang dilihat paling ketara memerlukan perubahan ialah di bahagian tengah.

Pada aksi padang sendiri di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi, Terengganu hanya mampu seri 1-1 dengan Selangor PKNS.

Gol tuan rumah dijaringkan oleh pemain import kelahiran Liberia, Francis Forkey Doe pada minit ke-37 sebelum Mohd Helmi Remeli menyamakan kedudukan untuk pasukan pelawat sembilan minit kemudian.

Mat Zan berkata keputusan seri itu meleburkan impian Terengganu untuk berada di takhta Liga Super.

No comments:

Post a Comment