
“Dewan wujudnya laman sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya, semua orang mampu menjadi wartawan tetapi atas profesionalisme wartawan sebenarlah yang akan terus memastikan masyarakat mendapat maklumat berita yang tepat dan benar,” kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek
Beliau menyatakan sempena Malam Anugerah Kewartawanan Kawat-Exxonmobil (AKKEM)

Hadir sama Pengerusi Subsidiari-Subsidiari ExxonMobil (Malaysia), J. Hunter Farris dan Presiden Kawat, Encik Ayob Mamat.
Ahmad Shabery berkata, sebagai individu yang menjadi sebahagian daripada `wartawan’ , beliau turut gembira apabila ada pihak yang berusaha memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada golongan itu.
Katanya, bukan semua pihak tahu menghargai dan berterima kasih kepada wartawan serta media.Oleh itu, usaha menganjurkan AKKEM membawa pengertian yang tersendiri dalam pembangunan dunia kewartawanan negara ini.
Beliau kemudiannya menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.
Teganukita
No comments:
Post a Comment