Umno Terengganu akan mengadakan pertandingan bilik gerakan di seluruh negeri itu bulan depan sebagai sebahagian daripada persiapan menjelang pilihan raya akan datang.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Terengganu Datuk Yahya Khatib Mohamad, berkata apabila berlaku pilihan raya, maka Umno Terengganu sudahpun bersedia dengan bilik gerakan di semua 343 kawasan peti undi di lapan daerah.
"Jangan pelik selepas esok orang ramai tengok seluruh peti undi di negeri ini dikibari bendera-bendera Barisan Nasional dan Umno," katanya.
Yahya berkata Umno Terengganu sememangnya sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kerana jentera parti di peringkat peti undi telah diperkemaskan.
Beliau berkata pertandingan bilik gerakan itu bukan bermatlamat menonojol diri sebagai juara tetapi ia untuk menggambarkan bahawa gerak kerja Umno dan Barisan Nasional untuk menghadapi pilihan raya telah bermula.
"Apabila tiba masa semboyan pilihan raya dibunyikan nanti kita telah berada dalam keadaan siap sedia," katanya.
No comments:
Post a Comment