Wednesday, February 1, 2012

Makmal Alam Sekitar UMT Musnah Terbakar

Sebuah makmal untuk bidang pengajian alam sekitar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) musnah dalam kebakaran malam semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 9.30 malam, bagaimanapun menurut Naib Canselor UMT Datuk Aziz Deraman, kebakaran itu tidak menjejaskan pembelajaran memandangkan makmal berkenaan bukan makmal utama.

"Kita bersyukur tidak melibatkan kemalangan yang lebih besar kerana sebelum kejadian ada pelajar meminta kebenaran untuk menggunakan makmal berkenaan,” katanya kepada pemberita, di Kuala Terengganu.

Beliau berkata, pihaknya akan membaik pulih makmal itu pada kadar segera.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Daerah Kuala Terengganu, Kamerul Bieza Mohd Kassim berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengawal kebakaran bagi menggelakkannya merebak ke makmal bersebelahan.

No comments:

Post a Comment