Oleh Dinturtle (Monday, February 20, 2012)
Ini artikel nak lepas geram. hanya berkaitan orang2 tertentu saja, korang yang berkaitan nak marah saya pun marah lah ! Bukan SEMUA tapi beberapa orang tertentu dari UMNO Terengganu.
Sebelum ni saya tulis satu artikel berkaitan hubungan antara pemimpin dengan bloggers dengan persoalan utama - adakah pemimpin ni sombong / tak layan sama bloggers ? Itu DULUlah .... masa tu saya very the innocent blogger, percaya habis yang SEMUA orang kat Malaysia ni ikhlas. Buat apapun ikhlas.
Dan saya pula jenis suka bersangka baik pada semua orang kecuali orang itu pernah ada kes yang sememangnya tidak boleh dimaafkan. jadi dalam kes pemimpin ni, saya bersangka baiklah konon terdapat salah faham ....
Dan KONONnya mahu memperbetulkan keadaan, kononnya mahu merapatkan hubungan pemimpin dengan bloggers.... KONONNYA LAH .....
Maka saya pun buatlah satu program baru ni .... temukan kedua spesis ni. Oklah, kira berjayalah juga dengan BAJET yang KECIL ! Nampaklah konon pemimpin Umno Terengganu ni MESRA GILER dengan para bloggers semua. Saya pun puas hatilah ...... konon telah berjaya.
Rupanya cerita-cerita yang biasa kita dengar KONON pemimpin ni hanya baik bila nampak ada kelebihan buat mereka ... rasanya ada juga kebenaran. Bila takde keperluan, memang tak dilayan dah ...
Masa tengah panas - OK, kita akan buat itu, kita akan buat ini ........ bila dah sejuk - HAMPEH !
Sekarang nak jumpa pun tak usah haraplah ! Kita SMS 2-3 kali pun HARAM nak dijawap. Kita deal melalui setiausaha Sulit pemimpin pun, SAMA JUGA. Tak dilayannya kita .... LU SIAPA ? BLOGGER ? Piiiirah ...Takde masa nak layan lu !
Bayangkan, member blogger dari KL emel dah 2 minggu kata nak datang KT, nak cover buat cerita tentang politik Terengganu, maknanya NAK TOLONG PROMOSIKAN Umno Terengganu, itu pun orang Umno Penerangan Terengganu boleh tak layan juga ? Halo, orang nak tolong la !
Kenapa ? Nak kena ada orang charge ribu2 baru nak luangkan masa ? Pelik .... kalau dapat duit baru nak layan tu kira standard la, ni sendiri nak keluar duit baru sendiri nak layan.... BENGONG ke apa korang ?
Entahlah ..... TERUS TERANG SAYA CAKAP, pengalaman saya berurusan dengan 3-4 orang taraf pemimpin UMNO Terengganu, KONONNYAlah- TIDAK menunjukkan yang mereka ikhlas mesra dengan bloggers. Mungkin yang lain tidak, tapi yang ada ni pun dah buat saya meluat !
Yang jenis berjanji pula , HAMPEH ! Memang betul la orang cakap - JANJI ORANG POLITIK TAK BOLEH PAKAI !
Kita buat kerja ikhlas ! Paling tidak, tunjuklah respek tu sikit. Saya tahulah saya bukannya orang penting tapi RESPEK kena ada, Saya buat semua ni takde orang bayar ok ! Tolong RESPEK sikit. Bukannya mahal nak jawap SMS sepatah dua.
PS - Pendirian politik saya tak ubah, ni sekadar nak lepas geram. Penulisan masih macam biasa hehehe . Anggap je sebagai satu peringatan.
No comments:
Post a Comment